Naratif Asas Ayat-ayat Syaitan

Lihat tulisan lengkap keterangan Tabarī below

Ada beberapa rujukan yang melaporkan peristiwa yang didakwa berlaku, dan juga berbeza dalam pembinaan jalan ceritanya dan perincian naratifnya.[1] Akan tetapi ia semua dikumpul untuk menghasilkan satu cerita asas. Versi-versi yang berbeza bagi cerita ini semuanya boleh dijejaki kepada seorang periwayat, Muhammad bin Kaab, yang hidup dalam dua generasi sebelum penulis biografi, Ibn Ishaq. Dalam bentuk asasnya, cerita ini melaporkan bahawa Nabi Muhammad hendak mengislamkan kaumnya dan penduduk Makkah. Ketika itu Muhammad mengucapkan ayat-ayat daripada Surah An-Najm[2] sebagai wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibrail:

Pernahkah kamu melihat Al-Lat dan Al-‘Uzzá
dan yang ketiga lain Manāt?

(Quran 53:19-20)
Syaitan mengambil peluang untuk membisikkan ayat-ayat ini kepada Muhammad:

Ini adalah gharāniq dimuliakan, yang pengantaraannya diharapkan.(Dalam bahasa Arab تلك الغرانيق العلى وإن شفاعتهن لترتجى.)

Allāt, Al-'Uzzā dan Manāt adalah tiga dewi yang disembah oleh penduduk Mekah pada masa permulaan penyebaran Islam di Tanah Arab. Mentafsir makna "gharāniq" adalah sukar oleh kerana ia hanya disebut sekali tanpa konteks (hapax legomenon). Pengulas berkata perkataan itu bermakna burung jenjang. Perkataan Arab ini memang pada umumnya bermakna seekor "burung jenjang" - dengan kata tunggal ghirnīq, ghurnūq, ghirnawq dan ghurnayq, dan mempunyai bentuk makna lain untuk burung, termasuk "gagak" dan "helang".[3]

Subteks bagi peristiwa ini bahawa Nabi Muhammad membelakangi konsep tauhid/monoteisme selain mengatakan bahawa dewi-dewi ini adalah benar dan menggunakan mereka sebagai pengantara adalah dibenarkan. Penduduk Mekah senang hati mendengar ayat-ayat ini dan mengikut sujud bersama Nabi Muhammad di hujung surah. Pelarian Islam yang melarikan diri ke Habsyah mendengar berita tentang penamatan penindasan dan mula kembali ke Mekah. Tradisi Islam pula mengatakan Jibril menegur keras Nabi Muhammad kerana menyelewengkan wahyu. [Quran 22:52]

Dan tidaklah Kami mengutuskan sebelummu seorang Rasul atau seorang Nabi melainkan ia bercita-cita (supaya kaumnya beriman kepada ugama Allah), maka syaitan pun melemparkan hasutannya mengenai usaha Rasul atau Nabi itu mencapai cita-citanya; oleh itu Allah segera menghapuskan apa yang telah diganggu oleh syaitan, kemudian Allah menetapkan ayat-ayatNya dengan kukuhnya, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(Quran 22: 52)

Nabi Muhammad menarik balik ayat-ayat ini dan penindasan oleh penduduk Quraisy Mekah kembali berlaku. Ayat-ayat seterusnya (Quran 53:20-23) telah diturunkan yang merendahkan kedudukan dewi-dewi itu. Ayat-ayat ini dibaca:

Pernahkah kamu melihat Al-Lat dan Al-'Uzza serta yang ketiga lain Manat?

Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki dan untuk Allah anak perempuan?
Sudah tentulah itu pembahagian yang tidak adil!Mereka hanyalah nama-nama yang kamu dan bapa-bapa kamu namakan, yang Allah tidak menurunkan kebenaran untuknya. Mereka hanya mengikut tekaan dan apa yang mereka sendiri inginkan. Meskipun telah datang kepada mereka Panduan daripada Tuhan mereka.

(Quran 53: 19-23)

Rujukan

WikiPedia: Ayat-ayat Syaitan http://www.concentrationinprayer.com/documents/Ver... http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://www.islamonline.net/English/In_Depth/mohame... http://www.brillonline.nl/subscriber/entry?entry=q... http://www.brillonline.nl/subscriber/entry?entry=q... http://www.al-islam.org/quran/ http://www.bismikaallahuma.org/archives/2005/those... //doi.org/10.1093%2Fjss%2F15.2.246 http://www.islamic-awareness.org/Polemics/sverses.... http://www.livingislam.org/n/stcr_e.html